Pada waktu umat manusia dalam kegelapan
dan suasana jahiliyyah, lahirlah seorang bayi pada 12 Rabiul Awal tahun Gajah
di Makkah. Bayi yang dilahirkan bakal membawa perubahan besar bagi sejarah
peradaban manusia. Bapa bayi tersebut bernama Abdullah bin Abdul Mutallib yang
telah wafat sebelum baginda dilahirkan iaitu sewaktu baginda 7 bulan dalam
kandungan ibu. Ibunya bernama Aminah binti Wahab. Kehadiran bayi itu disambut
dengan penuh kasih sayang dan dibawa ke ka'abah, kemudian diberikan nama
Muhammad, nama yang belum pernah wujud sebelumnya.
Selepas itu Muhammad disusukan selama beberapa hari oleh Thuwaiba, budak
suruhan Abu Lahab sementara menunggu kedatangan wanita dari Banu Sa'ad. Adat
menyusukan bayi sudah menjadi kebiasaan bagi bangsawan-bangsawan Arab di
Makkah. Akhir tiba juga wanita dari Banu Sa'ad yang bernama Halimah bin
Abi-Dhuaib yang pada mulanya tidak mahu menerima baginda kerana Muhammad
seorang anak yatim. Namun begitu, Halimah membawa pulang juga Muhammad ke pedalaman
dengan harapan Tuhan akan memberkati keluarganya. Sejak diambilnya Muhammad
sebagai anak susuan, kambing ternakan dan susu kambing-kambing tersebut semakin
bertambah. Baginda telah tinggal selama 2 tahun di Sahara dan sesudah itu
Halimah membawa baginda kembali kepada Aminah dan membawa pulang semula ke
pedalaman.
Kisah Dua Malaikat dan Pembedahan Dada Muhammad
Pada usia dua tahun, baginda didatangi oleh dua orang malaikat yang muncul
sebagai lelaki yang berpakaian putih. Mereka bertanggungjawab untuk membedah
Muhammad. Pada ketika itu, Halimah dan suaminya tidak menyedari akan kejadian
tersebut. Hanya anak mereka yang sebaya menyaksikan kedatangan kedua malaikat
tersebut lalu mengkhabarkan kepada Halimah. Halimah lantas memeriksa keadaan
Muhammad, namun tiada kesan yang aneh ditemui.
Muhammad tinggal di pedalaman bersama keluarga Halimah selama lima tahun.
Selama itu baginda mendapat kasih sayang, kebebasan jiwa dan penjagaan yang
baik daripada Halimah dan keluarganya. Selepas itu baginda dibawa pulang kepada
datuknya Abdul Mutallib di Makkah.
Datuk baginda, Abdul Mutallib amat menyayangi baginda. Ketika Aminah membawa
anaknya itu ke Madinah untuk bertemu dengan saudara-maranya, mereka ditemani
oleh Umm Aiman, budak suruhan perempuan yang ditinggalkan oleh bapa baginda.
Baginda ditunjukkan tempat wafatnya Abdullah serta tempat dia dikuburkan.
Sesudah sebulan mereka berada di Madinah, Aminah pun bersiap sedia untuk pulang
semula ke Makkah. Dia dan rombongannya kembali ke Makkah menaiki dua ekor unta
yang memang dibawa dari Makkah semasa mereka datang dahulu. Namun begitu,
ketika mereka sampai di Abwa, ibunya pula jatuh sakit dan akhirnya meninggal
dunia lalu dikuburkan di situ juga.
Muhammad dibawa pulang ke Makkah oleh Umm Aiman dengan perasaan yang sangat
sedih. Maka jadilah Muhammad sebagai seorang anak yatim piatu. Tinggallah
baginda dengan datuk yang dicintainya dan bapa-bapa saudaranya.
"Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu.
Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung lalu Dia memberikan
petunjuk" (Surah Ad-Dhuha, 93: 6-7)
Kegembiraannya bersama datuk baginda tidak bertahan lama. Ketika baginda
berusia lapan tahun, datuk baginda pula meninggal dunia. Kematian Abdul
Mutallib menjadi satu kehilangan besar buat Bani Hashim. Dia mempunyai
keteguhan hati, berwibawa, pandangan yang bernas, terhormat dan berpengaruh
dikalangan orang Arab. Dia selalu menyediakan makanan dan minuman kepada para
tetamu yang berziarah dan membantu penduduk Makkah yang dalam kesusahan.
Selepas kewafatan datuk baginda, Abu Talib
mengambil alih tugas bapanya untuk menjaga anak saudaranya Muhammad. Walaupun
Abu Talib kurang mampu berbanding saudaranya yang lain, namun dia mempunyai
perasaan yang paling halus dan terhormat di kalangan orang-orang Quraisy.Abu
Talib menyayangi Muhammad seperti dia menyayangi anak-anaknya sendiri. Dia juga
tertarik dengan budi pekerti Muhammad yang mulia.
Pada suatu hari, ketika mereka berkunjung ke Syam untuk berdagang sewaktu
Muhammad berusia 12 tahun, mereka bertemu dengan seorang rahib Kristian yang
telah dapat melihat tanda-tanda kenabian pada baginda. Lalu rahib tersebut
menasihati Abu Talib supaya tidak pergi jauh ke daerah Syam kerana dikhuatiri
orang-orang Yahudi akan menyakiti baginda sekiranya diketahui tanda-tanda
tersebut. Abu Talib mengikut nasihat rahib tersebut dan dia tidaak banyak
membawa harta dari perjalanan tersebut. Dia pulang segera ke Makkah dan
mengasuh anak-anaknya yang ramai. Muhammad juga telah menjadi sebahagian dari
keluarganya. Baginda mengikut mereka ke pekan-pekan yang berdekatan dan
mendengar sajak-sajak oleh penyair-penyair terkenal dan pidato-pidato oleh
penduduk Yahudi yang anti Arab.
Baginda juga diberi tugas sebagai pengembala kambing. Baginda mengembala
kambing keluarganya dan kambing penduduk Makkah. Baginda selalu berfikir dan
merenung tentang kejadian alam semasa menjalankan tugasnya. Oleh sebab itu
baginda jauh dari segala pemikiran manusia nafsu manusia duniawi. Baginda terhindar
daripada perbuatan yang sia-sia, sesuai dengan gelaran yang diberikan iaitu
"Al-Amin".
"Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan" (Al-'Alaq, 96: 1)
Rasulullah pulang dengan penuh rasa gementar lalu diselimuti oleh Khadijah yang
cuba menenangkan baginda. Apabila semangat baginda mulai pulih, diceritakan
kepada Khadijah tentang kejadian yang telah berlaku.
Setelah turunnya wahyu memerintahkan baginda untuk berdakwah secara
terang-terangan, maka Rasulullah pun mula menyebarkan ajaran Islam secara lebih
meluas.
"Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang
diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik."
(Al-Hijr, 15:94)
Namun begitu, penduduk Quraisy menentang keras ajaran yang dibawa oleh baginda.
Mereka memusuhi baginda dan para pengikut baginda termasuk Abu Lahab, bapa
saudara baginda sendiri. Tidak pula bagi Abu Talib, dia selalu melindungi anak
saudaranya itu namun dia sangat risau akan keselamatan Rasulullah memandangkan
tentangan yang hebat dari kaum Quraisy itu. Lalu dia bertanya tentang rancangan
Rasulullah seterusnya. Lantas jawab Rasulullah yang bermaksud:
"Wahai bapa saudaraku, andai matahari diletakkan diletakkan di tangan
kiriku dan bulan di tangan kananku, agar aku menghentikan seruan ini, aku tidak
akan menghentikannya sehingga agama Allah ini meluas ke segala penjuru atau aku
binasa kerananya"
Baginda menghadapi pelbagai tekanan, dugaan, penderitaan, cemuhan dan ejekan
daripada penduduk-penduduk Makkah yang jahil dan keras hati untuk beriman
dengan Allah. Bukan Rasulullah sahaja yang menerima tentangan yang sedemikian,
malah para sahabatnya juga turut merasai penderitaan tersebut seperti Amar dan
Bilal bin Rabah yang menerima siksaan yang berat.
Wafatnya Khadijah dan Abu Talib
Rasulullah amat sedih melihat tingkahlaku manusia ketika itu terutama kaum
Quraisy kerana baginda tahu akan akibat yang akan diterima oleh mereka nanti.
Kesedihan itu makin bertambah apabila isteri kesayangannya wafat pada tahun
sepuluh kenabiaannya. Isteri bagindalah yang tidak pernah jemu membantu
menyebarkan Islam dan mengorbankan jiwa serta hartanya untuk Islam. Dia juga
tidak jemu menghiburkan Rasulullah di saat baginda dirundung kesedihan.
Hijrah Ke Madinah
Tekanan orang-orang kafir terhadap perjuangan Rasulullah semakin hebat selepas
kepergian isteri dan bapa saudara baginda. Maka Rasulullah mengambil keputusan
untuk berhijrah ke Madinah berikutan ancaman daripada kafir Quraisy untuk
membunuh baginda.
Rasulullah disambut dengan meriahnya oleh para penduduk Madinah. Mereka digelar
kaum Muhajirin manakala penduduk-penduduk Madinah dipanggil golongan Ansar.
Seruan baginda diterima baik oleh kebanyakan para penduduk Madinah dan sebuah
negara Islam didirikan di bawah pimpinan Rasulullas s.a.w sendiri.
Negara Islam Madinah
Negara Islam yang baru dibina di Madinah mendapat tentangan daripada kaum
Quraisy di Makkah dan gangguan dari penduduk Yahudi serta kaum bukan Islam yang
lain. Namun begitu, Nabi Muhammad s.a.w berjaya juga menubuhkan sebuah negara
Islam yang mengamalkan sepenuhnya pentadbiran dan perundangan yang berlandaskan
syariat Islam. Baginda dilantik sebagai ketua agama, tentera dan negara. Semua
rakyat mendapat hak yang saksama. Piagam Madinah yang merupakan sebuah kanun
atau perjanjian bertulis telah dibentuk. Piagam ini mengandungi beberapa fasal
yang melibatkan hubungan antara semua rakyat termasuk kaum bukan Islam dan
merangkumi aspek politik, sosial, agama, ekonomi dan ketenteraan. Kandungan
piagam adalah berdasarkan wahyu dan dijadikan dasar undang-undang Madinah.
Islam adalah agama yang mementingkan kedamaian. Namun begitu, aspek pertahanan
amat penting bagi melindungi agama, masyarakat dan negara. Rasulullah telah
menyertai 27 kali ekspedisi tentera untuk mempertahan dan menegakkan keadilan
Islam. Peperangan yang ditempuhi baginda ialah Perang Badar (623 M/2 H), Perang
Uhud (624 M/3 H), Perang Khandak (626 M/5 H) dan Perang Tabuk (630 M/9 H).
Namun tidak semua peperangan diakhiri dengan kemenangan.
Pada tahun 625 M/ 4 Hijrah, Perjanjian Hudaibiyah telah dimeterai antara
penduduk Islam Madinah dan kaum Musyrikin Makkah. Maka dengan itu, negara Islam
Madinah telah diiktiraf. Nabi Muhammad s.a.w. juga telah berjaya membuka semula
kota Makkah pada 630 M/9 H bersama dengan 10 000 orang para pengikutnya.
Perang terakhir yang disertai oleh Rasulullah ialah Perang Tabuk dan baginda
dan pengikutnya berjaya mendapat kemenangan. Pada tahun berikutnya, baginda
telah menunaikan haji bersama-sama dengan 100 000 orang pengikutnya. Baginda
juga telah menyampaikan amanat baginda yang terakhir pada tahun itu juga. Sabda
baginda yang bermaksud:
"Wahai sekalian manusia, ketahuilah bahawa Tuhan kamu Maha Esa dan kamu
semua adalah daripada satu keturunan iaitu keturunan Nabi Adam a.s.
Semulia-mulia manusia di antara kamu di sisi Allah s.w.t. ialah orang yang
paling bertakwa. Aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak
akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh dengan dua perkara itu,
iaitu kitab al-Quran dan Sunnah Rasulullah."
Wafatnya Nabi Muhammad s.a.w
Baginda telah wafat pada bulan Jun tahun 632 M/12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah.
Baginda wafat setelah selesai melaksanakan tugasnya sebagai rasul dan pemimpin
negara. Baginda berjaya membawa manusia ke jalan yang benar dan menjadi seorang
pemimpin yang bertanggungjawab, berilmu dan berkebolehan. Rasulullah adalah
contoh terbaik bagi semua manusia sepanjang zaman.
Kata Para Habaib, kalau kita menceritakan Tentang Rasul kita yaitu Nabi Muhammad Saw, tidak akan selesai-selesai, karena masih banyak sekalih cerita/kisah Nabi Muhammad Saw.
Kata Para Habaib, kalau kita menceritakan Tentang Rasul kita yaitu Nabi Muhammad Saw, tidak akan selesai-selesai, karena masih banyak sekalih cerita/kisah Nabi Muhammad Saw.
Semoga cerita tersebut memberikan kita motifasi dan semangat untuk memperjuangkan ISLAM pada Era Modern Ini.
Salam Blogger...
Semuan kisah Nabi di ambil dari SINI
Bagikan
Kisah NABI MUHAMMAD SAW
4/
5
Oleh
rudijaya.com