Nabi Ilyas diutus kepada penduduk Baalbek, sebelah
barat Kota Damaskus (Libanon Timur sekarang). Dia mengajak kaumnya beribadah
hanya kepada Allah dan meninggalkan penyembahan terhadap patung yang mereka
namakan Ba`la. Hal inilah yang mengakibatkan mereka menganiayanya. Ibnu Abbas
mengatakan bahwa Ilyas adalah paman Nabi Ilyasak.
namun betapapun gigihnya Nabi Ilyas berdakwah, kaumnya
tidak mau mendengarkannya. Maka Allah menghukum mereka dengan azab didunia dan
akhirat.
Selepas kematian Nabi Sulaiman A.S., kerajaan telah
mengalami perpecahan. Pengaruh syaitan telah berleluasa. Manusia yang beragama
diejek-ejek. Undang-undang Somaria telah membunuh kebanyakan golongan yang
mengetahui dan mengikuti akidah yang sebenar. Pengaruh kejahatan menjadi
semakin buruk dan Allah telah menghantar Nabi Ilyas A.S. untuk memulihkan
manusia pada zaman pemerintahan Raja Ahab dari Israil. Baginda berusaha
berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan manusia daripada mempercayai
banyak tuhan dan melarang mereka menyembah Tyrian Bal.
Baginda juga menasihati manusia untuk menyembah Allah dan mengelakkan diri
daripada melakukan kejahatan. Apabila usahanya tidak dihiraukan dan tidak
membuahkan hasil, baginda tiba-tiba muncul sebeum raja dan tukang tiliknya memberitahu
yang arus deras dan kebuluran akan melanda negeri tersebut. Baginda juga
memberitahu yang Tyrian Bal tidak mempunyai kuasa untuk menahan bencana
tersebut. Para penduduk tidak mengendahkan amarannya dan tidak mengubah
kepercayaan mereka. Kenabian Nabi Ilyas akhirnya terbukti benar dan seluruh
negeri dilanda banjir besar dan rakyat mengalami kebuluran. Selepas dua tahun,
Nabi Ilyas memohon Allah mengurniakan belas kasihan dan keampunan-Nya kepada
penduduk yang kebuluran itu. Mereka telah mengakui kekuasaan Allah dan berasa
sangat menyesal.
Sejurus selepas arus deras berhenti dan Allah telah menarik balik sumpahannya,
Allah telah menyuruhnya memanggil al-Yas'a menggantikannya. Baginda
melaksanakan perintah Allah dengan penuh ketaatan dan hilang secara misteri.
Terdapat satu petikan dalam ayat al-Quran yang bermaksud:
" Dan ingatlah akan Ismail, Ilyasa dan Zulkifli. Semuanya termasuk
orang-orang yang paling baik" (Shaad, 28: 48) .
Bagikan
Kisah NABI ILYAS AS
4/
5
Oleh
rudijaya.com